Ortodontik adalah satu aktiviti atau kerja bagi membetulkan posisi gigi seseorang. Sekiranya anda mempunyai gigi yang tidak tersusun, anda boleh membetulkan keadaan tersebut dengan menggunakan pendakap gigi atau braces. Dalam artikel ini, kami akan kongsikan lapan masalah ortodontik yang selalu berlaku.

Lapan masalah ortodontik yang selalu berlaku

1. Abnormal abruption

masalah ortodontik

Salah satu masalah ortodontik yang selalu berlaku adalah abnormal abruption. Ia adalah keadaan di mana gigi terkeluar daripada gusi dan berada di tempat yang tidak sepatutnya.

Sekiranya gigi tersebut tidak dapat tumbuh sepenuhnya, anda mungkin perlu menjalani satu pembedahan kecil bagi mengeluarkannya sebelum melakukan sebarang prosedur ortodontik.

2. Crossbite

masalah ortodontik

Masalah ortodontik yang berikutnya adalah crossbite. Untuk pengetahuan semua pembaca, individu yang normal mempunyai rahang atas yang sedikit ke depan berbanding rahang bawah.

Walau bagaimanapun, mereka yang mempunyai masalah crossbite ini mengalami perkara yang sebaliknya. Ya, rahang bawah mereka berada sedikit ke depan berbanding rahang atas.

Masalah crossbite ini masih boleh dibetulkan bagi kanak-kanak yang sedang membesar dengan menggunakan sejenis alatan ortodontik yang dikenali sebagai palatal expander.

3. Penyempitan (Crowding)

masalah ortodontik

Selain itu, masalah ortodontik yang selalu berlaku adalah penyempitan atau crowding. Keadaan ini akan terjadi apabila tiada ruang lagi untuk gigi baru tumbuh pada kawasan gusi. Antara kemungkinannya adalah gigi yang tumbuh itu terlalu besar atau gusi terlalu kecil.

Selalunya, pakar akan mencabut beberapa batang gigi atau membuat ruang lebih pada gusi menerusi prosedur pembedahan.

4. Jarak yang terlalu banyak (Excessive spacing)

masalah ortodontik

Masalah ortodontik yang berikutnya adalah excessive spacing di mana jarak antara gigi terlalu banyak. Keadaan ini mungkin berlaku kerana ada gigi yang tidak tumbuh atau tercabut akibat kecederaan, kerosakan atau penyakit.

Pesakit juga mungkin akan mengalami masalah ini sekiranya ada sebarang percanggahan dalam saiz rahang dan gigi.

Sekiranya anda mengalami masalah ini, anda disarankan untuk berjumpa dengan pakar ortodontik bagi prosedur pembetulan. Jika tidak, ruang yang berlebihan ini lama-kelamaan akan menyebabkan gigi anda beralih daripada posisi asalnya.

5. Gigitan terbuka (Open bite)

masalah ortodontik

Keadaan gigitan terbuka atau open bite ini terjadi apabila gigi atas dan bawah tidak tertutup sepenuhnya apabila seseorang itu menguyah atau menggigit sesuatu. Akibatnya, akan ada ruang kosong di antara rahang atas dan bawah.

Bagi kanak-kanak, keadaan ini selalunya akan terjadi apabila mereka dibiarkan dengan tabiat menghisap ibu jari dalam satu jangka masa panjang. Pada masa yang sama, tongue thrusting juga boleh menyebabkan kanak-kanak mengalami kondisi ini.

6. Overbite

masalah ortodontik

Berbeza dengan gigitan terbuta, mereka yang mengalami masalah overbite akan menggigit terlalu dalam sehingga gigi pada rahang atas akan menutup gigi pada rahang bawah sepenuhnya.

Bagaimana masalah ini boleh terjadi? Selalunya, ia berpunca daripada saiz rahang yang tidak sama.

7. Overjet 

masalah ortodontik

Masalah ortodontik yang seterusnya adalah overjet. Ia adalah satu keadaan yang menyebabkan gigi pada bahagian depan tumbuh ke hadapan. Menurut kajian, kondisi ini berlaku disebabkan oleh genetik, rahang tidak tumbuh dengan sempurna, gigi bawah tercabut atau gigi geraham tidak sejajar.

Keadaan ini akan menjadi semakin teruk sekiranya seseorang itu mempunyai tabiat seperti menghisap ibu jari.

8. Underbite

masalah ortodontik

Masalah ortodontik yang terakhir adalah underbite. Keadaan ini berlaku apabila bahagian rahang bawah seseorang itu jauh lebih panjang berbanding rahang atas.

Selalunya, ia berlaku apabila bahagian rahang bawah mengalami pembesaran yang lebih atau rahang atas tidak dapat membesar dengan normal.

Sekiranya masalah ini serius, pakar akan menyarankan individu tersebut untuk menjalani pembedahan pada rahang bagi melakukan pembetulan.

Kesimpulan

Sekiranya anda mengalami sebarang masalah yang kami nyatakan di atas, pastikan anda membuat pemeriksaan gigi secepat mungkin untuk mengelakkan perkara yang tidak diingini daripada berlaku.

Masalah gigi? Datang ke My Dental Care.