Perubahan warna gigi tentu sekali menimbulkan kebimbangan dalam diri setiap individu kerana ia boleh menjejaskan senyuman kita. Keadaan ini boleh berlaku kepada kanak-kanak mahupun orang dewasa. Warna gigi boleh berubah menjadi kekuningan, coklat, hitam, hijau, kelabu kebiruan dan putih gelap. Dalam artikel ini, kami akan kongsikan 7 punca utama gigi berubah warna.

7 punca utama gigi berubah warna

1. Kurang menjaga kebersihan mulut

punca utama gigi berubah warna

Salah satu punca gigi berubah warna adalah kerana seseorang itu kurang menjaga kebersihan mulut mereka. Apabila anda malas memberus dan flos gigi, sisa-sisa makanan akan bertukar menjadi plak dan lama-kelamaan, warna gigi akan berubah.

2. Tabiat merokok

punca utama gigi berubah warna

Punca gigi berubah warna yang seterusnya adalah kerana tabiat merokok. Perubahan warna pada gigi perokok berlaku kerana pengaruh bahan kimia yang terkandung dalam rokok itu sendiri iaitu nikotin dan tar. Nikotin sebenarnya merupakan bahan yang tidak bewarna. Namun begitu, apabila ia bercampur dengan oksigen, ia akan berubah warna menjadi kuning.

Apabila seseorang itu menghisap rokok, nikotin dan tar akan memasuki bahagian mulut dan lapisan gigi iaitu enamel. Maka tidak hairanlah kenapa majoriti perokok mempunyai gigi kuning. Malah sampai satu tahap, gigi perokok juga boleh berubah warna menjadi kuning coklat.

3. Makanan

punca utama gigi berubah warna

Di samping itu, sesetengah makanan yang mempunyai warna kuat seperti tomato, rempah kari dan buah beri juga boleh meninggalkan kesan pada gigi. Sebab itulah kita semua digalakkan untuk memberus gigi selepas makan bagi membuang segala sisa makanan yang terdapat pada gigi dan juga di celah-celah gigi.

4. Minuman

punca utama gigi berubah warna

Selain makanan, minuman tertentu turut menyumbang kepada perubahan warna gigi seseorang. Kopi dan teh adalah dua minuman utama yang boleh mempengaruhi warna gigi. Untuk mengelakkan masalah coffee stain atau tea stain ini, anda boleh minum dengan menggunakan straw.

Anda juga disarankan untuk memberus gigi sebaik sahaja selesai minum minuman berkenaan. Sekiranya ada berada di luar, anda boleh berkumur untuk mengelakkan masalah coffee stain atau tea stain daripada berlaku.

5. Kesan sampingan ubat tertentu seperti kimoterapi

punca utama gigi berubah warna

Untuk sesetengah kes, perubahan warna gigi boleh berlaku disebabkan oleh kesan sampingan daripada ubat seperti kimoterapi dan rawatan radiasi yang digunakan bagi merawat penyakit kanser.

6. Kemalangan yang menyebabkan keretakan enamel

punca utama gigi berubah warna

Pada masa yang sama, kesan kemalangan atau trauma fizikal juga boleh menyebabkan keretakan pada enamel dan merosakkan penampilan gigi.

7. Peningkatan usia

punca utama gigi berubah warna

Seiring dengan peningkatan usia, lapisan luar enamel pada gigi akan hilang. Keadaan ini akan membuatkan gigi kelihatan lebih kuning.

Apa yang anda boleh lakukan untuk mencegah gigi daripada berubah warna?

Berikut adalah beberapa perkara yang anda boleh lakukan bagi mengelakkan gigi daripada berubah warna:

  • Amalkan penjagaan kesihatan pergigian yang baik
  • Dapatkan pemeriksaan pergigian secara berkala di klinik gigi
  • Elakkan penggunaan tembakau, kopi dan minuman lain yang boleh mewarnakan gigi
  • Berhenti merokok
  • Guna alat pelindung mulut semasa melakukan aktiviti lasak seperti berbasikal dan ragbi bagi mengelakkan kecederaan gigi
  • Lakukan rawatan pemutihan gigi di klinik gigi

Semoga perkongsian ini bermanfaat buat semua! Nak putihkan gigi? Datang ke My Dental Care.