Senyuman dengan gigi yang cantik dan tersusun memang menjadi idaman semua orang. Percaya atau tidak, kini semua itu boleh menjadi kenyataan dengan adanya prosedur kosmetik pergigian. Dalam artikel ini, kami akan kongsikan lima jenis kosmetik pergigian yang anda perlu tahu.

Lima jenis kosmetik pergigian yang anda perlu tahu

1. Pendakap gigi (Braces)

kosmetik pergigian

Salah satu jenis komestik pergigian adalah pendakap gigi atau braces. Pemakaian pendakap gigi merupakan satu rawatan yang bertujuan untuk meluruskan atau menggerakkan gigi. Dengan pemakaian pendakap gigi, ia mampu mencatikkan susunan gigi seseorang di samping membetulkan fungsinya.

Bagaimana pendakap gigi berfungsi? Gigi akan digerakkan secara perlahan-lahan ke arah yang sepatutnya menggunakan pendakap gigi. Dari masa ke masa, tulang pada kawasan rahang akan berubah bagi membolehkan pergerakan gigi serta akarnya.

Siapa yang memerlukan pendakap gigi?

Individu yang mempunyai masalah seperti berikut selalunya akan disarankan untuk memakai pendakap gigi:

  • Kedudukan gigi yang senget
  • Terlalu banyak jarak atau tidak ada jarak di antara gigi
  • Mengalami masalah overjet, overbite atau underbite
  • Tidak yakin dengan senyuman

Tempoh pemakaian pendakap gigi bergantung pada kedudukan gigi setiap individu. Ada yang makan masa berbulan-bulan hinggalah dua tahun setengah.

2. Veneer

kosmetik pergigian

Veneer adalah satu jenis ‘penutup’ atau sarung nipis yang diperbuat daripada seramik gred perubatan. Ia akan diletakkan di atas permukaan gigi dan kelihatan sangat realistik.

Siapa yang memerlukan veneer?

Rawatan yang juga dikenali sebagai ‘Hollywood Teeth’ ini selalunya digunakan untuk merawat masalah seperti:

  • Penyahwarnaan gigi
  • Gigi pecah atau sumbing
  • Gigi senget
  • Gigi reput
  • Ruang di antara gigi

3. Pemutihan gigi (Teeth whitening)

kosmetik pergigian

Sepertimana yang kami pernah kongsikan sebelum ini, gigi boleh berubah warna disebabkan pelbagai faktor. Jadi, ramai yang memilih untuk membuat rawatan pemutihan gigi. Ia adalah satu prosedur yang mudah dan cepat. Kesannya juga boleh dilihat sebaik sahaja selesai rawatan.

Dalam prosedur pemutihan gigi, sebarang plak, tar dan sebagainya akan dibuang daripada permukaan gigi. Seterusnya, gigi akan diputihkan menggunakan sejenis peluntur yang akan membuatkan ia tampak lebih putih dan bersinar daripada sebelumnya.

Siapa yang memerlukan rawatan pemutihan gigi?

Rawatan ini boleh dilakukan oleh sesiapa sahaja yang ingin memutihkan gigi.

4. Invisalign

kosmetik pergigian

Invisalign adalah alternatif kepada pendakap gigi tradisional. Antara kelebihan invisalign termasuklah lebih mudah dikeluarkan ketika makan, tidak memerlukan lawatan ke klinik dengan kerap dan ia bersifat lutsinar.

5. Impan

kosmetik pergigian

Rawatan kosmetik pergigian yang seterusnya adalah impan. Prosedur ini dibuat bagi menggantikan gigi yang hilang atau rosak.

Bagaimana ia dilakukan? Doktor akan memasukkan skru titanium yang kecil ke dalam rahang sebagai sokongan kepada silara gigi. Apabila tulang dan tisu mula bergabung dengan implan tersebut, ia akan kekal di kedudukan itu untuk satu jangka masa yang panjang.

Ramai yang memilih rawatan ini kerana ia tampak semula jadi dan sukar untuk dibezakan dengan gigi lain.

Siapa yang memerlukan prosedur implan?

Prosedur ini mungkin sesuai untuk anda sekiranya:

  • Anda mempunyai satu atau lebih gigi yang hilang
  • Anda mempunyai tulang rahang yang telah membesar sepenuhnya
  • Anda mempunyai kawasan tulang yang cukup
  • Anda mempunyai tisu mulut yang sihat
  • Anda bukan perokok

Kesimpulan

Kesimpulannya, tak kisah sama ada anda memilih untuk memakai pendakap gigi, veneer, invisalign, implan atau membuat rawatan pemutihan gigi, kesemua prosedur ini pasti akan membuatkan anda senyum dengan lebih menawan dan yakin.

Masalah gigi? Datang ke My Dental Care.