Masalah gigi sensitif bukanlah sesuatu yang asing lagi. Ia merupakan salah satu masalah oral yang sering menyerang majoriti individu. Persoalannya, apakah punca terjadinya masalah gigi sensitif? Bagaimana pula cara untuk kurangkan masalah gigi sensitif ini?

Apa yang menyebabkan gigi menjadi sensitif?

Sesetengah individu secara semula jadinya mempunyai gigi yang lebih sensitif berbanding individu lain kerana mempunyai enamel yang lebih nipis. Untuk pengetahuan semua, enamel adalah lapisan luar gigi yang melindungi gigi. Berikut adalah perkara-perkara yang boleh menyebabkan enamel gigi menjadi nipis:

  • Menggunakan berus gigi yang keras
  • Menggosok gigi dengan terlalu kasar
  • Mempunyai tabiat mengetap gigi ketika tidur pada waktu malam
  • Mengambil makanan dan minuman berasid secara kerap

5 cara untuk kurangkan masalah gigi sensitif

1. Ubat gigi sensitif

cara untuk kurangkan masalah gigi sensitif

Salah satu cara untuk kurangkan masalah gigi sensitif adalah dengan menggunakan ubat gigi sensitif. Ia boleh membantu mengurangkan kesakitan yang berkaitan dengan gigi sensitif.

Terdapat pelbagai produk ubat gigi khusus untuk mereka yang mempunyai gigi sensitif di pasaran. Anda boleh meminta saranan daripada doktor gigi anda berkenaan produk mana paling sesuai untuk masalah anda.

2. Fluorida

cara untuk kurangkan masalah gigi sensitif

Cara untuk kurangkan masalah gigi sensitif yang berikutnya adalah dengan menggunakan fluorida. Penggunaan fluorida boleh menguatkan enamel gigi dan sekali gus mengurangkan kesakitan. Pada masa yang sama, doktor gigi anda juga mungkin akan menyarankan penggunaan fluorida preskripsi di rumah.

3. Desensitizing

cara untuk kurangkan masalah gigi sensitif

Bagi sesetengah kes, permukaan akar gigi yang terdedah akan dirawat dengan menggunakan resin ikatan. Untuk kes seperti ini, bius mungkin diperlukan.

4. Graf gusiĀ 

cara untuk kurangkan masalah gigi sensitif

Untuk kes di mana akar gigi yang kehilangan tisu gusi, sejumlah kecil tisu gusi boleh diambil dari tempat lain di mulut dan ia akan dilekatkan pada kawasan gigi yang terjejas. Rawatan ini disebut sebagai graf gusi. Ia boleh melindungi akar yang terdedah dan sekali gus mengurangkan rasa sakit.

5. Rawatan akar gigi

cara untuk kurangkan masalah gigi sensitif

Sekiranya anda mengalami kesakitan yang teruk akibat gigi sensitif dan rawatan lain didapati tidak berkesan, rawatan akar gigi mungkin pilihan terakhir anda. Rawatan akar gigi merupakan prosedur yang digunakan bagi merawat masalah pada teras lembut gigi (pulpa gigi).

Semoga perkongsian ini bermanfaat buat semua. Masalah gigi? Datang ke My Dental Care.