Ramai yang ingat semua gigi yang terdapat dalam mulut itu sama sahaja. Sebenarnya, terdapat empat jenis gigi di dalam mulut anda dan setiap jenis gigi itu mempunyai fungsinya yang tersendiri. Dalam artikel ini, kami akan kongsikan empat jenis gigi dan fungsinya.

Empat jenis gigi dan fungsinya yang ramai tidak tahu

jenis gigi dan fungsinya

1. Gigi kacip (Incisor)

Terdapat lapan gigi halus dan lurus di bahagian hadapan mulut yang dikenali sebagai gigi kacip. Empat daripadanya berada di bahagian atas gigi manakala lagi empat berada di bahagian bawah.

Fungsi gigi kacip adalah untuk menggigit makanan dan membantu anda menyebut perkataan semasa bercakap. Pada masa yang sama, gigi kacip juga menyokong bibir.

2. Gigi taring (Canine)

Gigi yang seterusnya adalah gigi taring. Ia terletak di antara kedua-dua belah gigi kacip di bahagian atas dan bawah yang menjadikan jumlah keseluruhan sebanyak empat batang.

Gigi yang berbentuk sedikit runcing ini sering kali disebut sebagai kupsid oleh doktor gigi. Sama seperti gigi kacip, fungsi gigi taring adalah untuk memotong dan mengoyakkan makanan serta menyokong bibir.

Selain itu, gigi taring turut berfungsi untuk membawa semua gigi ke tempatnya apabila rahang atas dan bawah bertemu.

3. Gigi geraham kecil (Premolar)

Gigi geraham kecil atau disebut sebagai bikuspid oleh doktor gigi terletak di belakang gigi taring. Ia mempunyai permukaan yang rata.

Fungsi gigi geraham kecil adalah untuk menguyah makanan selain mengekalkan ketinggian muka.

Untuk pengetahuan semua pembaca, terdapat lapan batang gigi geraham kecil di dalam mulut orang dewasa iaitu empat di bahagian atas dan empat di bahagian bawah.

4. Gigi geraham (Molar)

Kedudukan gigi geraham adalah di sebelah gigi geraham kecil. Ia merupakan gigi yang paling lebar dan rata. Terdapat 12 batang gigi geraham di dalam mulut orang dewasa di mana enam daripadanya terletak pada rahang atas manakala enam lagi pada rahang bawah.

American Dental Association (ADA) menggambarkan gigi bongsu sebagai empat gigi geraham pada belakang rahang atas dan rahang bawah. Ia adalah gigi yang terakhir tumbuh pada peringkat remaja.

Agak sukar untuk membersihkan gigi bongsu kerana kedudukannya yang terletak jauh di bahagian belakang mulut. Apa yang anda boleh lakukan adalah dengan menggunakan berus gigi yang berbentuk tirus kerana ia akan memudahkan proses memberusi gigi geraham.

Apa pula fungsi gigi geraham? Sama seperti gigi geraham kecil, ia berfungsi untuk menguyah makanan dan mengekalkan ketinggian wajah.

Untuk pengetahuan anda, gigi geraham di bahagian bawah mempunyai dua akar manakala gigi geraham di bahagian atas pula mempunyai tiga akar.

Selain empat jenis gigi di atas, terdapat dua lagi jenis gigi yang tumbuh di luar proses biasa

1. Gigi lebih

Dalam sesetengah kes, ada kalanya gigi tumbuh di luar proses biasa dan ini dikenali sebagai gigi lebih. Orang dewasa selalunya mempunyai 32 batang gigi tetapi ada segelintir yang mempunyai lebih banyak gigi dan inilah yang dinamakan sebagai gigi lebih.

Menurut University of Missouri Kansas City School of Dentistry, gigi lebih yang paling biasa adalah gigi taring tambahan yang tumbuh di antara dua gigi taring tengah. Gigi taring tambahan ini juga dikenali sebagai mesiodens.

Gigi lebih yang seterusnya adalah gigi geraham tambahan yang turut dikenali sebagai paramolar.

2. Gigi natal

Menurut University of Maryland, gigi natal ialah gigi yang telah sedia tumbuh semasa kelahiran. Ia dikatakan berlaku sekali dalam setiap 2,000 hingga 3,000 kelahiran.

Gigi natal turut dikenali sebagai gigi janin dan ia selalunya tumbuh pada gusi bawah. Ia selalunya mempunyai akar yang lemah atau dalam sesetengah kes, tiada akar langsung dan ini sekali gus menjadikannya mudah tercabut.

Oleh sebab itu, doktor selalunya akan menasihatkan agar gigi natal ini dicabut bagi mengelakkan risiko tertelan gigi daripada berlaku.

Pada masa yang sama, gigi natal ini juga boleh merengsakan serta mencederakan ibu atau lidah bayi semasa bayi sedang menyusu.

Kesimpulan

Gigi mestilah dijaga dengan baik untuk memastikan kehidupan seharian boleh berjalan dengan lancar. Dapatkan pemeriksaan gigi secara berkala bagi memastikan kesihatan mulut anda terjaga.

Masalah gigi? Datang ke My Dental Care.